Jumaat, 27 Februari 2009

petroleum

petroleum...aku ambil subjek elektif ni dengan dekan aku..best gler subjek ni..tapi mcm beratla..byk nak kena igt..hhuhu..tapi yang bestnya aku bole belajar dari asas bagaimana petroleum boleh terbentuk...dari proses kewujudan gunung ganang,peranan magma,angin,hujan semuanya ada menyumbang dalam pembentukkan petroleum...proses ni berjuta tahun bukan setahun dua hhuhu...Ya ALLAH besarnya keagungnganMU

dalam subjek ni jgk aku balajar proses peneluaran petroleum...dari proses...negotiation, exploration,apparaisal, developement,production..konsep psc 1976..drilling..pengunaan lumpur..wyonming betonite...lumpur pun ade kegunaan tau..huhu..cara nak kira volume dalam resevoir..pergh nak citer semua mmg x sempat..tapi pada org lain yang berminat aku cadangkan korang masuk subjek ni nanti..x rugi oo..tambah lagi pm zul yang ajar hehehe..

selamat mencubanya...

minggu ni..

wargh...penatnya minggu ni..tapi yang bestnya banyak yg aku buat mggu ni..dari bersukan,demam,balik umah,ke ump semula,kelas pm zul,abstract,uruskan biznes al quran n keluar tgk wayang hehehe.tapi yang paling best aku dah dapat tempat INTERNSHIP..Thanks to ALLAH..mggu ni najib nak datang..segala persiapan dah di buat..pergh nampak mcm grand tp xtau la aku xg lagi..kejap lagi baru nak pergi..huhu x berminat sgt nak jumpa najib pun..kalau Tun Mahathir pasti aku antara org yang terawal pergi..aku dah anggap dia sebagai seorang pemimpin yang cemerlang dan agung pada zamanny..aku lahir dan membesar dalam tahun pemerintahan Mahathir..

bercakap pasal pemerintahan agung aku teringat pada Khalifah Umar Abd Aziz. Beliau adalah seorang raja yang sangat zuhud. mementingkan kehidupan rakyatnya..mengambalikan peranan ulama dalam pentadbirannya, takut pada Allah..isterinya kata dia x pernah nampak org yg terlmpau takut pada Allah selain dari Umar Abd Aziz..dalam zikirnya pada ALLAH beliau mengiggil ketakutan.

umar abd aziz adalah cicit kepada Umar al Khatab..sebelum beliau menjadi khalifah beliau adalah seorg yg sgt kaya..golongan bangsawan dari bani umayah yang memerintahkan ketika itu..pakaiannya sngat mahal..bau badannya ibarat tertumpah minyak wangi diatasnya..gaya jalan yang sangat ideal..tetapi beliau telah meninggalkan semua itu setelah memeggang jawatan khalifah..cuma jalanyan sahaja tidak dapat diubah walaupun beliau cuba mengubahnya,

ntahla bila la kita nak jumpa pemimpin mcm ni lagi...

Selasa, 10 Februari 2009

apa itu pendapat atau pandangan

pendapat n pandangan adalah satu istilah yang mempunyai maksud yang sama..tp yang berbezanya adalah setiap pendapat dan pandangan itu dikeluarkan oleh setiap insan yang bernama manusia itu secara berbeza-beza...tiada pendapat yang salah atau tiada pendapat yang betul ini kerana setiap pendapat yang dikeluarkan oleh seseorang itu bedasarkan daya kreativiti dan kafahaman seseorang itu pada isu-isu atau hal-hal yang dibincangkan. akhirnya pendapat yang diplih ramai akan dipilih sebagai keputusan kerana ianya suara majoriti.

mlm semalam masa aku tgh mixing sulfonated polysulfone aku dalam dmf..aku pg lepak ngan sorang staf ngan sahabat die dekat lab..sebab nak hilangkan busan menunggu mixing aku tu siap aku pun berborak la dgn staf tersebut..best jgk bertukar-tukar pendapat ni...tentang2 isu-isu semasa..isu-isu lampau..isu2 dalam ump..ttg nc baru..tttg dekan baru n mcm2 lagi la..
aku sebenarnya respect dengan perwatakkan staf ni..seorang yang cool..baik n happy go luckyla...

selepas tu aku balik kat tempat aku dan befikir, manusia itu berbeza tetapi niat dan hati jauh lebih berbeza..setiap yang mendukung islam itu secara luarannya tidak semestinya seorg muslim yang baik...mgkin dia adalah munafik yang berlindung disebalik bendera islam..abdullah bin ubai mengaku islam pada dasarnya..tetapi adalah org yang paling kuat menghentam islam dari belakang pada zaman jujungan mulia nabi muhammad saw..pada firasat aku kita perlu mengenal seseorang itu sebelum memyokongnya bkn kerana kta menyokong kerana partinya. sebab dua2 sama je ade kelebihan masing dan keburukkan masing..dasar sesebuah parti tu amat putih pada asasnya tp yg mencorakkannya pemimpin2 parti2 tersebut.

bagi aku sekiranya nak wujudkan bangsa islam yang ulung..ape yg kita patut buat..stop this policticking idea..ini idea org kafir..ape yg kita perlukan..sistem penkhalifahan..semua umat islam yang berbeza pandangan politik patut bersama bernaung di bawah sistem khalifah..so sebelum adenya sistem pengkhalifahan ini aku akan sokong yang mendukung agama dan bangsa aku la kot.. knapa? sebab idea untuk mengenepikan kepentingan sesuatu kaum di malaysia belum ketahap yang menyakinkan...rakyat malaysia x kira siapa,bangsa ape, agama ape..masing2 nak tunjukkan hak mereka dan ketuanan mereka.

kenapa idea turki untuk memasuki europe masih ditahan..knape...kerana pihak barat takut dengan penghijrahan org2 turki ke negara2 mereka akan menyebarkan agama islam dan kembali memegang dunia seperti pada zaman turki uthmaniyah..(sistem europe adelah boardeless x perlu passport or visa nak cross country)

so wahai sahabat2..kembalilah keajaran islam yang sebenarnya marilah kita berhenti dari memperjuangkan sesuatu yang tidak jelas...kembalilah pada ajarannya..

ini adalah pandangan peribadi aku..tiada kena mengena dengan org lain ye..

Isnin, 2 Februari 2009

aku sayang nc baru ump ni..

pergh...yes..yahooo..dah tak tau dah nak gambarkan mcmna sukanya aku hari ni..hehhee..hari ni kat amanat naib chancellor ump...datuk nc dengan bestnya telah mengutuk tindakan pihak-pihak tertentu dalam ump ni yang suka buat peraturan2 mengarut yg mnyekatkebebasan pelajar..dengan selamba je datuk nc kata...dari sibuk membangunkan peraturan mengarut untuk pelajar baik sama-sama menyibukkan diri dalam membangunkan universiti..perghh...mmg kena headshot tu..

yang bestnya datuk nc sendiri kata peraturan ni hanya menyusahkan pelajar tp staff rilek je..contoh diskriminasi peraturan pelajar ngan staf..

-pelajar perempuan or lelaki x leh masuk ke kwasan kolej kediaman lain jantina walaupun untuk ke cafe...tp staf perempuan ngan selamba je mkn kat cafe lelaki...ade beza ke perempuan staf ngan perempuan student..lu pk la sendiri wahai pengubah peraturan..
- student kereta x leh modified tp staf rilek je bunyi kereta pun dah mcm enjin kapal terbang..
-student xleh naik motor berdua laki perempuan..tp staf bole aje kot..org luar xpe plak tu
pastu yg x bestnya si pengubah peraturan yang memandai ni suka2 die je nak ubah tanpa rujuk buku peraturan..so ape guna buku peraturan ni beb..baik x yah kasi..contohnya tiba2 je waktu nak masuk ump dah jadi kul 7 pg..dah la x bgtau..tp yg bgusnya sekarang pak guard ump dah byk yg baik..solute lu beb..ni baru ade integriti..

sebenarnya niat si pengubah peraturan ni baik tp diorg lupa..student kat sini bukan bdk2 sekolah...kalau dulu kat sekolah dah kena hambat xkan kat sini pun nak kena hambat...mcmla x penah masuk universiti..dgr cerita datuk nc naik bengang bila tau ade peraturan yg x membenarkan laki perempuan naik motor dalam ump..mana takya peraturan mcm ni sampai melibatkan nyawa..al fatihah untuk kawan kita ye..tp citer ni xtau btul atau x..

laki perempuan berdua di cafe yg terang menderang pun bole jadi hal..kena saman la...kena ceramah la..kalau x silap aku dalam buku peraturan kata kalau berdua2an dalam keadaan meragukn atau menjengkelkan barula salah...ni setakat makan je..paling tidak beborak..

memang la niat diorg ni bgus nak kurangkan coupling...tp diaorg ni x pk panjang..ape yg jd kalau kat cafe x leh jumpa..tu yg g jumpa kat kilang..kat tempat2 gelap..alasan xkut kena saman..kalau kat cafe yg tentu terang tu xkan la org nak buat maksiat...bodoh namnya tu..aku ni bkn la islam sekular tp aku tgk byk yg x btul dengan peraturan mcm ni..

ntah la harap para pengubah yang terlibat renungkan la...untuk membentuk sesuatu jgn la dengan sesuka hati kita..tambahan lagi kumpulan sasaran berusia remaja yang memang tgh dalam kategori senang x puas hati n memberontak...tolong la..kata blaja psycho...xkan x leh nak pk cara yg lebih lembut...iskk...chaiyookk nc..

Ahad, 1 Februari 2009

isteri idaman

Kriteria isteri-isteri idaman adalah:

1. Seorang isteri yang cantik, pandai bersolek, memasak dan mengurus rumah adalah hal yang penting.

2. Seorang isteri yang periang, bertenaga, dapat membuat kita tertawa dan menghibur di kala duka juga penting

.3. Seorang isteri yang memahami, soleh, jujur, taat beribadah dan dapat dipercaya sangat penting.

4. Seorang isteri yang dapat memahami dan memuaskan anda secara lahir batin dan di tempat tidur juga sangatlah penting.

5. Tapi yang paling penting adalah ke empat-empat isteri tersebut di atas tidak saling mengenal satu sama lain...hohoho